TERIMALAH DAKU SEADANYA =)

Isnin, 3 Jun 2013

SEMPURNAKAH KITA?

Assalamualaikum w.b.t..

Lama sangat rasanya tak update blog..tapi malam ni terasa sangat nak update..maklum la assignment semua dah submit..tinggal nak menghadapi exam je xlama lg on 10june 2013..Lepas tu tamat la pengajian di UUM tercinta ini..Ok..malam2 yang sunyi ni..sangat tenang rasanya..rumet Siti Khalidah pun dah tido dgn lenanya..so sekarang mmg terasa sungguh kesunyian hening malam yg sangat tenang..walaupun pelbagai masalah & dugaan menimpa..tapi malam ni terasa lenyap pelbagai masalah..tenang Ya Allah..Terima Kasih Ya Allah..Memang benarlah kalau kita mendekati Allah hati akan menjadi tenang..Ok..sekarang sy nak share suatu perkara yang mungkin ramai yg dah tahu..tapi kita tetap nak update & ingatkan jugak..supaya jadi ingatan juga utk sy & anda semua..Let me start it..berbalik kpd tajuk "SEMPURNAKAH KITA?"..

Sempurnakah cara duduk antara dua sujud kita setiap kali kita bersolat? Sempena bulan REJAB yang ta'azim ini, elok sangatlah kita sama-sama perbaiki mutu tahap kesempurnaan solat kita sebagaimana satu riwayat al-Bukhari, “Kamu dirikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat.” Kualiti solat yang ditingkatkan, In ShaaAllah mampu menjadikan kita sebenar-benar manusia! Sy kongsikan serba sedikit hasil pembacaan sy untuk peringatan diri sendiri dan anda semua tentang cara duduk antara dua sujud. 
Cara duduk antara dua sujud yang disarankan ialah duduk cara “iftirasy”. Bagaimana cara duduk “iftirasy”?
  • Maksud duduk cara “iftirasy” ialah tapak kaki kiri diduduki oleh punggung kiri, dan
  • Tapak kaki kanan ditegakkan 90darjah, dengan hujung jari kaki kita menghadap kiblat.
  • Sahih Bukhari ada sebut tentang ini, “Apabila Nabi SAW duduk di antara 2 rakaat, maka duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya.”
  • Boleh rujuk gambar dekat bawah ini :

    In Shaa Allah bermanfaat..sy pun bukanlah sempurna & masih juga dlm proses menyempurnakan kualiti solat sy..
    *Lagi elok, jika kita belajar melalui ustaz & ustazah atau pun membeli buku-buku agama yg dapat menjadi panduan kpd kita..Mungkin kadang- kadang kita alpa & memandang remeh..Namun, ingatlah soalan pertama yg ditanya di sana nanti adalah SOLAT.

    Semoga kita semua mendapat petunjuk & keampunan dari NYA..

    Wallahua'lam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...