TERIMALAH DAKU SEADANYA =)

Isnin, 3 Jun 2013

SEMPURNAKAH KITA?

Assalamualaikum w.b.t..

Lama sangat rasanya tak update blog..tapi malam ni terasa sangat nak update..maklum la assignment semua dah submit..tinggal nak menghadapi exam je xlama lg on 10june 2013..Lepas tu tamat la pengajian di UUM tercinta ini..Ok..malam2 yang sunyi ni..sangat tenang rasanya..rumet Siti Khalidah pun dah tido dgn lenanya..so sekarang mmg terasa sungguh kesunyian hening malam yg sangat tenang..walaupun pelbagai masalah & dugaan menimpa..tapi malam ni terasa lenyap pelbagai masalah..tenang Ya Allah..Terima Kasih Ya Allah..Memang benarlah kalau kita mendekati Allah hati akan menjadi tenang..Ok..sekarang sy nak share suatu perkara yang mungkin ramai yg dah tahu..tapi kita tetap nak update & ingatkan jugak..supaya jadi ingatan juga utk sy & anda semua..Let me start it..berbalik kpd tajuk "SEMPURNAKAH KITA?"..

Sempurnakah cara duduk antara dua sujud kita setiap kali kita bersolat? Sempena bulan REJAB yang ta'azim ini, elok sangatlah kita sama-sama perbaiki mutu tahap kesempurnaan solat kita sebagaimana satu riwayat al-Bukhari, “Kamu dirikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat.” Kualiti solat yang ditingkatkan, In ShaaAllah mampu menjadikan kita sebenar-benar manusia! Sy kongsikan serba sedikit hasil pembacaan sy untuk peringatan diri sendiri dan anda semua tentang cara duduk antara dua sujud. 
Cara duduk antara dua sujud yang disarankan ialah duduk cara “iftirasy”. Bagaimana cara duduk “iftirasy”?
  • Maksud duduk cara “iftirasy” ialah tapak kaki kiri diduduki oleh punggung kiri, dan
  • Tapak kaki kanan ditegakkan 90darjah, dengan hujung jari kaki kita menghadap kiblat.
  • Sahih Bukhari ada sebut tentang ini, “Apabila Nabi SAW duduk di antara 2 rakaat, maka duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya.”
  • Boleh rujuk gambar dekat bawah ini :

    In Shaa Allah bermanfaat..sy pun bukanlah sempurna & masih juga dlm proses menyempurnakan kualiti solat sy..
    *Lagi elok, jika kita belajar melalui ustaz & ustazah atau pun membeli buku-buku agama yg dapat menjadi panduan kpd kita..Mungkin kadang- kadang kita alpa & memandang remeh..Namun, ingatlah soalan pertama yg ditanya di sana nanti adalah SOLAT.

    Semoga kita semua mendapat petunjuk & keampunan dari NYA..

    Wallahua'lam


Ahad, 6 November 2011

satu pagi di hari raya 1432H

Setiap insan akan melalui pelbagai pola hidup selagi bernyawa di atas muka bumi ciptaan Ilahi ini. Semoga PerjalananKu ini diberkati Allah Yang Maha Esa.

Alhamdulillah... 
Selesai sudah berpuasa semalam..yelah,,,amek berkat bpuasa pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah 1432H pada tahun ini..sebenarnya banyak kelebihannya berpuasa pada hari Arafah ini..Hai ini telah dbuktikan dlm....

sepotong hadith sahih riwayat Muslim, Abu Qatadah meriwayatkan yg Nabi dtnya mengenai fadhilat berpuasa pd hari Arafah (9 Zulhijjah), maka jawab baginda:"Diampunkan dosa tahun yang lepas dan yang masih berbaki."

Oleh itu,rugi lah bg kita umat Islam jika tidak mengejarnya yg dtg setahun sekali...

Baiklah,sekarang saya nak cerita tentang sambutan Aidil Adha di kmpg sy..iaitu di Jerantut,Pahang. Saya skluarga menyediakan persiapan hari raya seperti lazimnya...Uniknya disini,mereka tetap meraikan Hari Raya Aidil Adha sepertimana Hari Raya Aidilfitri...Oleh itu,ramai lah tetamu yg dtg bkunjung ke rumah..kami menyediakan hidangan spt ketupat,kuah lodeh,rendang daging dan nasi dagang... 
kuah lodeh+ketupat >>>>>>

haaa...ni lah kuah lodeh+ketupat yg dmksdkn..ada jgk org pggl lontong..kira nya bbeza ngri dgn pggln yg bbeza ttpi mknn yg sama...haa unik kan MALAYSIA ni..

                     ini pula rendang daging kgmrn sy...mudah je nak buatnya...jemputlah dtg ke rumah..

          yg ni pula nasi dagang..kegemaran abah sy,,,sebenarnya ma sy buat 2jenis lauk utk nasi dagang ni..tp syg..lauk gulai ikan tongkol sudah habis sblm sempat sy 'snap' gmbrnya..(maklumlah rmai sgt tetamu yg dtg)..jadi yg ni je lah yg sempat sy 'snap'...


hmmm..semakin ramai tetamu yg dtg bkunjung..xmanis rasa nya anak dara xmenolong apa yg patut di dapur..rasa nya cukup setakat ini dulu perkongsian sy mengenai Hari Raya Aidil Adha 1432H sy pd thn ini...Di kesempatan ini sy ingin memohon ampun dan maaf di atas kesilapan saya selama ini...Halal kan segalanya..Marilah kita bersama-sama menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anak nya Nabi Ismail a.s ke jalan Allah...Sesungguhnya yg baik itu dtg dari Allah S.W.T dan yg buruk itu dtgnya dr kelemahan sy sndr...SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...Assalamualaikum w.b.t


Wanita Perlukan Lelaki?

Wanita amat memerlukan lelaki dlm kehidupan kerana didalam Al-Quran Allah s.w.t telah berfirman aku telah jadikan manusia ini dalam bentuk berpasangan dan carilah pasangan yang baik, beriman dan menjaga agamanya.

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.


Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

 Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InshaAllah...

Sabda Baginda Rasullulah juga, bukan daripada golonganku sekiranya umatku tidak berumahtangga kerana mendiri rumahtangga merupakan ibadah dalam Agama islam..

Hanya terpulang kepada kita untuk mencari dan menilai siapa jodoh kita..

HUSBAND should read this...


Love her...when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.
Love her...when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).
Love her...when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you
Love her...when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her...when her cooking is bad. She tries.
Love her...when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.
Love her...when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.
Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.
Love her...when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.
Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.
Love her...when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.
Love her...when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.
Love her...when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay
Love her...when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)
Love her...when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass
Love her...when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway
Love her...when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.
Love her...when she argues. She only wants to make things right for both
Love her...she is yours. You don't need any other special reason!!!!
All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:
  • Treat the women well
  • The best of you are those who are the best in the treatment of their wives

Special in my heart...

Today is a SPECIAL day for my mother...Why???because*****Today is the anniversary of the birth of my mother..I really miss her especially when we are apart..This year I am not able to celebrate her birth day as often as I need to attend lectures at the university.So,,,here..i would like to dedicate this poem that i wrote just for...special for...only for...prepared for..u...u...u...MOM: RAHANI BT YUNUS

I Celebrate Your Life
Mom, your birthday means so much to me;
To have you in my life another year,
The time I spent enfolded in your love,
Each day, each moment with you is so dear.
I cherish the very special bond we have.
You lift my spirit in so many ways.
I celebrate your life; I honor you,
And send to you my love and care and praise.
 
 
Walking Sunshine
Dear Mother I love you and want you to know,
I think of you often wherever I go.
You lift me up; you're like walking sunshine;
I am lucky to have a great mother like mine.
Your endless affection makes you special and rare;
I'm always amazed by how much you care.
What you've given to me I can never repay,
Thank you, Mom, on your 51th birthday.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...